<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8551402547848799528\x26blogName\x3dKegemaran+saya\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-hani-maisuroah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-hani-maisuroah.blogspot.com/\x26vt\x3d650291900935954980', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Photobucket
Maisuroah bte Marzouq dari 6/1, Sekolah Rendah Fuhua.
Guru yang mengajar Bahasa Melayu ialah Cikgu Rohani.


Monday, July 21, 2008

Kegemaran kedua saya ialah menyanyi. Saya lebih menyukai menyanyikan lagu ingris. Saya meminati kumpulan Westlife, Click Five dan Destiny's Child. Rentak lagu ada yang cepat dan yang perlahan. Apabila saya berasa tenang, saya lebih menyukai lagu yang perlahan rentaknya. Apabila saya ada tenaga yang banyak, lagu cepatlah yang saya pilih. Saya juga suka lagu-lagu melayu seperti Khayalan, Aspalela dan Berserah. Ada lagu bagaikan mengatakan apa yang saya rasa di dalam sanubari. Itu sahaja untuk kali ini.

Thursday, July 17, 2008

Kegemaran nombor satu saya ialah mengambil gambar kawan-kawan saya. Saya telah mendapatkan kamera digital pada dua tahun yang lalu. Saya mesti kongsi kamera itu bersama keluarga saya. Saya telah belajar mengambil gambar oleh ayah saya pada darjah 4. Tetapi kamera itu susah untuk digunakan. Apabila saya dan kakak mengomel kepada ibu dan ayah, barulah mereka beli kamera yang baharu. Inilah gambar saya bersama kawan-kawan rapat, Fatin dan Laila.


Tuesday, July 8, 2008

Nama, Maisuroah, diberikan oleh ayah saya. Saya lahir pada hari 05 December 1996. Saya telah berada di Sekolah Rendah Fuhua dan selama lima tahun, guru kesayangan saya, Cikgu Rohani Mafot, telah mengajar bahasa Melayu. Sekolah Rendah Fuhua telah gabung bersama Sekolah Rendah Pandan pada tahun ini. Semua murid kelas 6/1, iaitu kelas Melayu saya, menganggap Cikgu sebagai ibu kedua kami. Kami sangat gembira kerana mendapat guru yang sangat mengambil berat tentang kami. Kami akan ketawa dan berlawak SETIAP HARI! Tetapi, buat lima tahun yang Cikgu mengajar, kami mendapat markah yang menggembirakan. Kami tetap tidak melepaskan tangan walaupun mendapat markah tinggi. Kami, dengan pertolongan Cikgu Rohani, akan mencuba mendapatkan markah yang lebih tinggi.